Khamis, 17 Julai 2014

SIMPTOM KEMANDULAN PADA LEKAKI?...

APAKAH SEBABNYA
Kebanyakkan masalah yang sering kita dengar mak mertua salahkan menantu perempuan,adik2 ipar pantang serong ,suami pun menyalahkan isteri sebab apa ?sebab masih belum punyai zuriat.kebanyakkan pasti menyalahkan pada pihak isteri semata2.Sesungguhnya lelaki juga sebenarnya x lepas dari mengalami masalah kemandulan juga.Oleh itu berhentilah menyalahkan pihak isteri sekiranya zuriat masih belum ada walau sudah bertahun-tahun kahwin.lelaki juga punyai sebab yang boleh alami masalah kemandulan.seperti mana perempuan pun punyai bnyk sebab.info yang dpetik dr sebuah aktikal .Terdapat 9 sebab yang bagi pihak suami hadapi.seandainya sebahagian dari masalah ini yang dihadapi jangan malu dan segan untuk mendapatkan rawatan..
1) Kemandulan boleh disebabkan oleh seseorang lelaki mengalami penyakit klineelters syndrome iaitu sejenis penyakit semulajadi yang diwarisi.lelaki yang mempunyai penyakit ini memiliki kelainan pada alat kelaminnya.biasanya saiz penis yang amat kecil.keadaan ini menyebabkan mereka tidak mempunyai daya untuk mengeluarkan benih-benih sperma.
2) Ramai mengalami penyakit kromik dalam tempoh waktu yang panjang.Misalnya sejak dari dalam kandungan ibu,mengalami demam panas yang melampau,penyakit kelamin atau kemalangan yang menyebabkan buah zakar rosak.
3)Mengalami jangkitan kuman dan penyakit kelamin yang terlular ketika melakukan hubungan seks bebas dengan wanita yang membawa kuman gonorrhea,siflis,HIV,herpes,genital dan sebagainya.
4) Akibat dari penyakit varicoles atau hernia.ia menyebabkan buah zakar menjadi besar,keras dan sakit.Begitu juga dengan urat-urat disekitarnya turut membesar dan mengeras.
5)Menghadapi masalah skrotum,bahagian yang menghasilkan air mani.ia tidak dapat berfungsi dengan sempurna dan tidak berupaya mengeluarkan sperma yang bermutu.sebaliknya mungkin yang di keluarkan tidak mempunyai benih.
6) kemandulan juga boleh disebabkan kecacatan yang dialami oleh sesetengah lelaki seperti dilahirkan dengan hanya sebelah buah zakar,mengalami gangguan hormon testosterone ataupun testicular failure.
7)Mengalami mati pucuk,impoten,lemah tenaga batin,pancutan air mani pramatang,penis mengecil,hilang ghairah atau nafsu seks. tekanan emosi yang serius,stress dan lain-lain.
8)Lelaki  yang mengambil terlalu banyak ubat-ubatan seperti ubat kencing manis,ubat antipsychotic termasuk chlorpromazine,haloperidol dan antidepressant seperti amitriptyline dan imipramine.
9)Mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok,minum alkhohol,selalu duduk dalam keadaan panas,kotor seperti pencemaran asap kenderaan,bahan kimia dr kilang seperti bahan radioaktif.
PERLUKAH LAKUKAN PEMERIKSAAN?
Untuk memastikan sama ada seseorang lelaki itu mandul atau tidak,seeloknya hendaklah membuat pemeriksaan.kebanyakkan ramai lelaki yang didapati malu untuk membuat pemeriksaan diri terutama yang berkaitan akan masalah kelakian.Sesungguhnya pemeriksaan yang dibuat sekurang2nya dapat menyelesaikan konflik antara suami dan isteri yang dimana sering menyalahkan antara satu sama lain mengenai isu mandul.
Terdapat beberape pemeriksaan yang harus dijalani oleh seseorang lelaki bagi memastikan perkara tersebut;
pertama: PEMERIKSAAN AIR MANI
Ia dilakukan untuk mengenal pasti isi padu air mani,viscosity,jumlah benih dan mengesan sel-sel benih yang luar biasa.kandungan bahan kimia dalam air mani seperti fructose,phosphate dan hyaluronidase akan disukat.Apabila air mani mempunyai isi padu lebih kurang 3cc dan mencair selepas setengah jam,ia mengandungi jumlah benih yang normal iaitu 20juta.ia juga bermaksud 70 peratus benih adalah normal dan 40 mempunyai daya untuk bergerak.
kedua:Testicular Biopsy
Rawatan atau pemeriksaan testicular biopsy terpaksa dilakukan apabila mendapati seseorang lelaki langsung tidak mempunyai benih dari air maninya.Tisu dari buah zakar akan diambil dan diuji untuk mengkaji bentuk-bentuk selnya.Melalui pemeriksaan,pakar boleh mengetahui sebab-sebab berlakunya azoospermia.
Ketiga:Pemeriksaan darah
pemeriksaan kemandulan juga boleh dilakukan dengan cara pemeriksaan darah.Tujuan pemeriksaan darah dilakukan adalah untuk mengesan paras hormon testosterone dan hormon follicle stimulating.
Apabila terdapat kelainan pada paras hormon ini,rawatan dengan hormon-hormon tertentu akan dilakukan untuk mengetahui sama ada lelaki tersebut mengalami penyakit klinefelter syndrome atau tidak.selain itu pemeriksaan paras antibodi dalam darah perlu dilakukan bagi mengesan antibodi semen.
  so ne adalah serbaringkas mengenai isu ini.bagi membantu dalam kesihatan amalkanlah amalan hidup yang sihat,amalkan pemakanan tambahan /supplement yang mungkin ada vitamin2 atau zat yang kurang.
Bagi khas untuk lelaki mungkin membantu meningkatkan kesuburan disamping tingkatkan kualiti ,kuantiti sperma saya cadangkan harga yang mampu milik ambillah suplement shaklee set kesuburan lelaki iaitu:
~vita e
~zinc complex
Untuk keterangan dan pesanan boleh melalui:~
#Sms/Wsapp/wechat/
   telegaram»0196701845
#facebook »norenaliza ed
#page fb »afzacutes supplement
#email»puterieliz@gmail.com
*produk in tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat,mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

Tiada ulasan: