Isnin, 28 Julai 2014

perkara yang tak dingini d pagi hari pertama raya

tanggal 28/7/2014 bermulalah semua umat islam menyambut hari raya aidilfitri setelah sebulan berpuasa..pelbagai juadah yang dsediakan,pelbagai tema pakaian yang di gayakan..sungguh indah bila dapat berkumpul seisi keluarga yang jauh mahupun dekat bersama memeriahkan hari raya..namun ada yang berduka cita jangan kita lupa...doakan juga buat mereka (pray mh370,mh17 dan pray Gaza)...

pada pagi hari raya pertama buat keluarga ku yang sedang sibuk untuk bersiap2 sementara menunggu ayahku pulang dari sembahyang hari raya dan berkumpul bersalam-salaman tuk kemaafan sebelum aku ke tempat kerja  tanpa d duga satu kejadian yang tidak dingini berlaku ke atas anakku permata hatiku nur afza hana 11bulan..."YA ALLAH ANAK AKU"...aku menjerit.rupa2nya anakku terjatuh dari 2mata tangga dari dapur rumah makayahku bersama2 walkernya..Macam mana leh jatuh ne sayang..kesian anakku sedang menahan akan kesakitannya(hatiku berkata),tambah pula dengan banyak darah mengalir d hidung mulutnya...tanpa membuang masa cepat2 aku dan suami membawanya ke hospital..1jam dalam perjalanan,sebaik sampai d depan pintu kecemasan hospital terus aku bawa afza masuk berjumpa dengan doktor..(nama dr.kumara guru)..setelah membuat pemeriksaan afza d tempatkan di tempat pemantauan..doktor mengatakan ada koyak dantara bibir dan gusinya jd harus dijahit.hanya doktor bahagian pergigian yang boleh melakukannya.sementara menunggu afza diberi ubat tahan sakit..hampir 2jam menunggu doktor gigi sampai dan afza akan dberi ubat tido tapi lambat berkesan sbb dia trlalu aktiv sangat.semasa prosedur tuk afza dijahit terdapat 4 orang ddlm bilik termasuk aku.doktor mengatakan hanya 2 jahitan sahaja akan dibuat ia berlaku dhadapanku mata sendiri.krn aku perlu menahankan badannya dr bergerak..dalam hatiku YA ALLAH kesiannya anakku menahan kesakitan itu,redakan dan kurangkan kesakitannya YA ALLAH.. .Setelah segalanya selesai akhirnya afza terlena .afza dibekalkan dengan ubat tahan sakit dan antibiotik.. kejadian dah berlaku tidak dapat kita halang walau selama ini amat berhati2 dan berjaga2 tetapi kerana punca  terlepas pandang n atas kelalaian untuk meletak penghadang pada pintu dekat tangga dapur anakku terjatuh..

Tiada ulasan: